Thursday, January 29, 2009

Perayaan tahun baru Cina 2009

Baru-baru ini,VJC mengadakan sambutan tahun Baru Cina iaitu satu persembahan konsert pelbagai bangsa berunsurkan budaya bagi menyambut kedatangan tahun baru Cina tahun Seladang.MCS telah diundang untuk mengadakan pertunjukan bagi menjayakan pesta buday itu. Pada mulanya MCS merancang untuk mengadakan pertunjukan Dikir Barat tetapi nampaknya rancangan itu kecundang kerana tidak mendapat sambutan dari pelajar-pelajar Melayu.Kemudian Adilah dan Shazwani mencadangkan satu persembahan tarian zapin yang pernah ditunjukkan semasa perayaan Hari kebangsaan atau persembahan untuk Taiwanese Exchange Programme tahun 2008.Pada hari pertunjukkan,Hanya seorang pelajar lelaki sahaja yang mengmabil bahagian. Penari-penari MCS adalah Rifdi,Khairani Adilah dan Shazwani.Walaupun terdapat kegenjotan dalam persembahan tarian, namun penari MCS tetap memberi sumbangan bagi majlis tersebut.Syabas saya dan Cikgu Marliza ucapkan kepada MCS.

Monday, February 4, 2008

Karangan: Pengurusan Masa

PENGURUSAN MASA

Masa ialah wang dan masa sangat penting kerana setiap individu hanya mempunyai dua puluh empat jam setiap hari.Untuk menggunakan masa dengan sebaik-baiknya mungkin pengurusan masa dianggap sebagai cara yang terbaik sekali.Pengurusan masa ialah kebijaksanaan membahagikan masa untuk menjalankan tugas yang berbeza pada masa yang berlaian setiap hari. Pengurusan masa setiap orang berbeza kerana kerana aktiviti dan kegiatan yang dilakukan tidak sama.Sebagai contoh, tugas utama seorang pekerja ialah bekerja si sebuah perusahaan sementara tugas utama seorang pelajar ialah belajar di sekolah.
Bagi seorang pelaja pengurusan masa amat perlu dan penting kerana para pelajar mempunyai banyak kegiatan ataupun aktiviti luar darjah setiap hari.Kegiatan-kegiatan ini mungkin akan dijalankan pada masa yang sama.Oleh itu, pelajar harus tahu bagaimana menguruskan masa supaya mereka boleh membahagikan tugas mereka dengan baik dan tidak membazirkan masa mereka tanpa disedari.Dengan pengurusan masa , pelajar juga boleh menyertai kegiatan luar darjah mereka tanpa menjejas pelajaran sekolah.
Pengurusan masa seorang pelajar boleh diurus dengan baik dan teratur sekiranya pelajar itu merancang kegiatan-kegiatan di sekolah yang sentiasa berbeza dalam seminggu.Disamping itu, dalam perancangan masa dan tugas, seorang pelajar mesti memberi keutamaan kepada pelajaran di sekolah, mengulang kaji dan membuat kerja-kerja sekolah di rumah atau di perpustakaan.Selain itu pelajar boleh membahagikan masa yang ada untuk aktiviti-aktiviti yang lain berdasarkan jadual waktu aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan .
Jika seseorang pelajar dapat menguruskan masanya dengan baik, mereka akan mendapat banyak faedah.Masa yang diberikan selama 24 jam sehari itu digunakan bukan sahaja untuk menyelesaikan tugas-tugas sekolah malah mereka dapat menyertai kegiatan luar darjah yang dirancangkan terlebih dahulu.Hasilnya, mereka boleh mencapai prestasi yang baik dalam bidang akademik dan cemerlang dalam kegiatan luar darjah.Penyertaan yang aktif dalam kegiatan luar darjah boleh mendatangkan kepuasan sekiranya kegiatan-kegiatan tersebut tidak mengganggu masa belajar dan menjejas pelajaran sekolah.
Sekiranya seseorang pelajar tidak dapat menguruskan masa dengan bijak kesan-kesan buruk juga akan timbul.Mereka akan menghadapi kesukaran untuk membahagikan masa mereka antara belajar dan aktiviti luar darjah.Sekiranya masa yang lama digunakan untuk menyertai kegiatan-kegiatan luar darjah dan tidak memberi perhatian terhadap pelajaran di sekolah, mereka tidak akan mempunyai masa untuk menyelesaikan segala tugasan dan kerja-kerja sekolah yang telah disiapkan oleh guru-guru pada masa tertentu.Timbullah tekanan dan pergeseran antara guru dan murid hingga menyebabkan prestasi pelajar dalam bidang pelajaran akan merosot berkesudahan dengan kegagalan dalam peperiksaan dan selanjutnya dalam bidang akademik.Kecemerlangan dalam bidang kegiatan luar darjah tidak seimbang dengan prestasi dalam bidang pelajaran berpunca dari penyalahgunaan pengurusan masa.
Para pelajar juga harus ingat bahawa mereka juga harus membahagikan masa mereka untuk bersama keluarga, sahabat dan juga melakukan rekreasi bersama sahabat atau keluarga.Komunikasi dan perhubungan antara pelajar dengan anggota keluarga terutama sekali dengan ibu bapa wajib diteruskan setiap masa tanpa halangan.Mereka boleh berkongsi kehidupan setiap hari dengan mengadakan perbualan tanpa merasa segan dan berahsia.Ibu bapa berasa gembira sekiranya anak-anak mereka masih berkomunikasi dan bermesra dengan mereka walaupun anak-anak mereka sudah menjangkau umur alam remaja dan pelajar-pelajar peringkat pos menengah dan universiti.Ibu-bapalah teman hidup sejati para pelajar pada setiap masa. Oleh itu adalah wajar jika pelajar menyediakan masa untuk bersama keluarga setiap hari dalam merancang pengurusan masa.
Sahabat juga penting kerana mereka ialah orang-orang yang boleh kita percayai selain daripada ibu bapa kita.Rakan-rakan sedarjah atau teman-teman rapat adalah orang-orang yang boleh membantu pelajar dan memberi sokongan moral ketika seseorang pelajar menghadapi kesukaran ketika pelajar tidak bersama ahli-ahli keluarga terutama sekali ketika berada di sekolah atau di luar rumah.Masa berhibur,bersukan dan bersantai bersama-sama rakan-rakan yang yang baik dan berakhlak mulia adalah satu daripada kegiatan hidup yang mesti dirancangkan dalam pengurusan masa.Oleh itu semasa mengadakan rekreasi bagi merehat badan dan menenangkan fikiran,adalah baik jika kawan-akawan atau anggota keluarga keluarga disertakan dalam pengurusan masa.
Akhir kata, pada keseluruhannya,pengurusan masa itu amat penting bagi setiap individu kerana ia membolehkan kami mengunakan masa dengan sebaik-baik dan sebijak-bijaknya.Pengurusan masa yang teratur dan terancang akan membawa faedah dan pengurusan masa yang tanpa panduan dan matlamat akan membawa kesan yang buruk akhirnya akan menyukarkan kehidupan harian seseorang pelajar.

Karangan ini ditulis oleh Jackson Edlin dari 08S34

Lawatan Ke Johor Bahru

Kepada pelajar-pelajar sekelian....

Kemungkinan pada tahun ini Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu Maktab Rendah Victoria menganjurkan lawatan Sambil belajar ( Learning Journey) ke Johor Baru pada Hari Sabtu 29 Mac 2008 bermula dari 7 pagi hinggalah jam 8.30 malam.Cikgu Marliza akan memimpin rombongan ini.Pelajar-pelajar yang mengikuti romobongan ini adalah pelajar MSP 1.
MSP 2.
IP1.
IP2
JC1
JC2
dan ahli-ahli dan jawatankuasa MCS.

Pelajar-pelajar diharapkan dapat memberikan butiran-butiran berikut untuk kegunaan pejabat iaitu;

a)International Passport ....mempunyai keizinan membuat perjalanan lebih dari enam bulan.Cuba lihat expiry date International passport anda.Sekiranyanya passport anda hanya mempunyai jangka masa ke bawah enam bulan untuk membuat perjalanan atau pengembaraan.. sila ke pejabat ICA untuk menghidup masa perjalanan lebih dari 6 bulan.
b) Tarikh lahir
c) Jantinan
d) No IC

Pelajar-pelajar IP juga akan mengadakan lawatan ke Taman Warisan Istana Kampung Glam pada 22 Februari 2008 , hari Jumaat jam 2.30 petang.

Monday, April 16, 2007

Kuiz Minda IQ 2007

Syabas saya ucapkan kepada wira-wira dari pasukan VJC yang berjaya melayakkan diri mereka ke peringkat akhir setelah mendapat markah yang tertinggi dari maktab rendah Innova,Maktab Rendah Yishun dan Madrasah Wak Tanjong. dalam pertandingan akhir nanti pasukan dari Maktab Rendah Victoria akan berhadapan dengan Maktab Rendah Saint Andrew.Anglo Chinese dan Maktab Rendah Yishun.
Pertandingan akhir akan berlangsung pada 28 April 2007 bertempat di Auditorium Perpustakaan Woodland kemungkin jam 2.00 petang.Oleh itu saya ingin merayu kepada penyokong-penyokong dan bekas-bekas pelajar Maktab Rendah Victoria yang tinggal di Singapura terutama sekali yang tinggal sekitar bandar Woodland, sila datang beramai-ramai ke Perpustakaan Woodlang bagi memberi sokongan moral yang padu agar wira-wira kita begitu bersemangat dan berkobar-kobar bagi mengibarkan bendera kemenangan pada hari tersebut.
Dengan izin Allah , dapatlah kita menjadi juara Quiz Minda 2007 dengan membariskan wira-wira seperti Siswand Mohd Ali,Muhamad Hamdan Rahmat, Muhamad Abudrrahim Abdul Rahman dan Muhamad Khairul Anwar Jamil.Semoga Allah memberkati usaha kami danmemakbulkan hajat dan niat kami Ameeen.

Tuesday, April 3, 2007

Ulasan Filem Melayu

Filem : Labu dan Labi
Pengarah: Tan Sri P.Ramlee
Pengulas : Lavan Vickneson

Filem ini adalah kisah lucu pembantu rumah Labu dan Labi.Kedua-dua pemuda ini adalah orang gaji kepada hartawan bernama Haji Bakhil.Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang cantik bernama Manisah.

Di dalam kisah lucu ini, Labu dan Labi berangan-angan ingin berkahwin dengan Manisah. Pada suatu malam,kedua-dua orang gaji ini tidak tidur dan mereka mula berangan-angan bagaimana hendak menjadi orang kaya.Adakalanya mereka berangan-angan berada di dalam hutan menjadi Tarzan.Di satu peristiwa yang lain ,mereka berlagak menjadi koboi yang baik dan jahat.Mimpi Labu yang terakhir ialah dia menjadi seorang kaya dan ingin meminang anak Haji Bakhil tetapi Haji Bakhil tidak bersetuju menerimanya.Labu meminta tolong seorang bomoh membawa lari Manisah dari rumahnya.Labi pula meminta pertolongan dari seorang bomoh yang lain untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi Manisah akibat dari perbuatan Bomoh Labi.Dalam mimpi itu Labi mengahwini Manisah dan dapat melindungi Manisah dari perbuatan jahat Labu.Mereka bergaduh bagi merebut Manisah.
Tiba-tiba Haji Bakhil membangunkan Labu dan Labi dengan menuang air ke atas mereka yang sedang bermimpi itu.Dia menghukum kedua-dua orang gajinya kerana tidurnya pada waktu malam.

Kisah lucu ini sungguh menghiburkan hati saya.Tan Sri P.Ramlee dan Mohd Zain adalah pelakun-pelakun yang hebat.Saya merekomen filem ini kepada sesiapa sahaja yang suka menonton filem lucu.

Thursday, March 29, 2007

Mari Berpantun

Pantun

Penulis: L.Sharlene

Budak sekolah berbekal susu
Pergi berkelah mengutip lokan
Mengapa adik diam membisu
Kalau salah harap maafkan

Joran kayu di atas para
Pohon selasih di tepi kota
Fikiran buntu badan sengsara
Bila kekasih tiada di mata