Monday, April 16, 2007

Kuiz Minda IQ 2007

Syabas saya ucapkan kepada wira-wira dari pasukan VJC yang berjaya melayakkan diri mereka ke peringkat akhir setelah mendapat markah yang tertinggi dari maktab rendah Innova,Maktab Rendah Yishun dan Madrasah Wak Tanjong. dalam pertandingan akhir nanti pasukan dari Maktab Rendah Victoria akan berhadapan dengan Maktab Rendah Saint Andrew.Anglo Chinese dan Maktab Rendah Yishun.
Pertandingan akhir akan berlangsung pada 28 April 2007 bertempat di Auditorium Perpustakaan Woodland kemungkin jam 2.00 petang.Oleh itu saya ingin merayu kepada penyokong-penyokong dan bekas-bekas pelajar Maktab Rendah Victoria yang tinggal di Singapura terutama sekali yang tinggal sekitar bandar Woodland, sila datang beramai-ramai ke Perpustakaan Woodlang bagi memberi sokongan moral yang padu agar wira-wira kita begitu bersemangat dan berkobar-kobar bagi mengibarkan bendera kemenangan pada hari tersebut.
Dengan izin Allah , dapatlah kita menjadi juara Quiz Minda 2007 dengan membariskan wira-wira seperti Siswand Mohd Ali,Muhamad Hamdan Rahmat, Muhamad Abudrrahim Abdul Rahman dan Muhamad Khairul Anwar Jamil.Semoga Allah memberkati usaha kami danmemakbulkan hajat dan niat kami Ameeen.

Tuesday, April 3, 2007

Ulasan Filem Melayu

Filem : Labu dan Labi
Pengarah: Tan Sri P.Ramlee
Pengulas : Lavan Vickneson

Filem ini adalah kisah lucu pembantu rumah Labu dan Labi.Kedua-dua pemuda ini adalah orang gaji kepada hartawan bernama Haji Bakhil.Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang cantik bernama Manisah.

Di dalam kisah lucu ini, Labu dan Labi berangan-angan ingin berkahwin dengan Manisah. Pada suatu malam,kedua-dua orang gaji ini tidak tidur dan mereka mula berangan-angan bagaimana hendak menjadi orang kaya.Adakalanya mereka berangan-angan berada di dalam hutan menjadi Tarzan.Di satu peristiwa yang lain ,mereka berlagak menjadi koboi yang baik dan jahat.Mimpi Labu yang terakhir ialah dia menjadi seorang kaya dan ingin meminang anak Haji Bakhil tetapi Haji Bakhil tidak bersetuju menerimanya.Labu meminta tolong seorang bomoh membawa lari Manisah dari rumahnya.Labi pula meminta pertolongan dari seorang bomoh yang lain untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi Manisah akibat dari perbuatan Bomoh Labi.Dalam mimpi itu Labi mengahwini Manisah dan dapat melindungi Manisah dari perbuatan jahat Labu.Mereka bergaduh bagi merebut Manisah.
Tiba-tiba Haji Bakhil membangunkan Labu dan Labi dengan menuang air ke atas mereka yang sedang bermimpi itu.Dia menghukum kedua-dua orang gajinya kerana tidurnya pada waktu malam.

Kisah lucu ini sungguh menghiburkan hati saya.Tan Sri P.Ramlee dan Mohd Zain adalah pelakun-pelakun yang hebat.Saya merekomen filem ini kepada sesiapa sahaja yang suka menonton filem lucu.