Tuesday, April 3, 2007

Ulasan Filem Melayu

Filem : Labu dan Labi
Pengarah: Tan Sri P.Ramlee
Pengulas : Lavan Vickneson

Filem ini adalah kisah lucu pembantu rumah Labu dan Labi.Kedua-dua pemuda ini adalah orang gaji kepada hartawan bernama Haji Bakhil.Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang cantik bernama Manisah.

Di dalam kisah lucu ini, Labu dan Labi berangan-angan ingin berkahwin dengan Manisah. Pada suatu malam,kedua-dua orang gaji ini tidak tidur dan mereka mula berangan-angan bagaimana hendak menjadi orang kaya.Adakalanya mereka berangan-angan berada di dalam hutan menjadi Tarzan.Di satu peristiwa yang lain ,mereka berlagak menjadi koboi yang baik dan jahat.Mimpi Labu yang terakhir ialah dia menjadi seorang kaya dan ingin meminang anak Haji Bakhil tetapi Haji Bakhil tidak bersetuju menerimanya.Labu meminta tolong seorang bomoh membawa lari Manisah dari rumahnya.Labi pula meminta pertolongan dari seorang bomoh yang lain untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi Manisah akibat dari perbuatan Bomoh Labi.Dalam mimpi itu Labi mengahwini Manisah dan dapat melindungi Manisah dari perbuatan jahat Labu.Mereka bergaduh bagi merebut Manisah.
Tiba-tiba Haji Bakhil membangunkan Labu dan Labi dengan menuang air ke atas mereka yang sedang bermimpi itu.Dia menghukum kedua-dua orang gajinya kerana tidurnya pada waktu malam.

Kisah lucu ini sungguh menghiburkan hati saya.Tan Sri P.Ramlee dan Mohd Zain adalah pelakun-pelakun yang hebat.Saya merekomen filem ini kepada sesiapa sahaja yang suka menonton filem lucu.

No comments: