Monday, February 4, 2008

Karangan: Pengurusan Masa

PENGURUSAN MASA

Masa ialah wang dan masa sangat penting kerana setiap individu hanya mempunyai dua puluh empat jam setiap hari.Untuk menggunakan masa dengan sebaik-baiknya mungkin pengurusan masa dianggap sebagai cara yang terbaik sekali.Pengurusan masa ialah kebijaksanaan membahagikan masa untuk menjalankan tugas yang berbeza pada masa yang berlaian setiap hari. Pengurusan masa setiap orang berbeza kerana kerana aktiviti dan kegiatan yang dilakukan tidak sama.Sebagai contoh, tugas utama seorang pekerja ialah bekerja si sebuah perusahaan sementara tugas utama seorang pelajar ialah belajar di sekolah.
Bagi seorang pelaja pengurusan masa amat perlu dan penting kerana para pelajar mempunyai banyak kegiatan ataupun aktiviti luar darjah setiap hari.Kegiatan-kegiatan ini mungkin akan dijalankan pada masa yang sama.Oleh itu, pelajar harus tahu bagaimana menguruskan masa supaya mereka boleh membahagikan tugas mereka dengan baik dan tidak membazirkan masa mereka tanpa disedari.Dengan pengurusan masa , pelajar juga boleh menyertai kegiatan luar darjah mereka tanpa menjejas pelajaran sekolah.
Pengurusan masa seorang pelajar boleh diurus dengan baik dan teratur sekiranya pelajar itu merancang kegiatan-kegiatan di sekolah yang sentiasa berbeza dalam seminggu.Disamping itu, dalam perancangan masa dan tugas, seorang pelajar mesti memberi keutamaan kepada pelajaran di sekolah, mengulang kaji dan membuat kerja-kerja sekolah di rumah atau di perpustakaan.Selain itu pelajar boleh membahagikan masa yang ada untuk aktiviti-aktiviti yang lain berdasarkan jadual waktu aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan .
Jika seseorang pelajar dapat menguruskan masanya dengan baik, mereka akan mendapat banyak faedah.Masa yang diberikan selama 24 jam sehari itu digunakan bukan sahaja untuk menyelesaikan tugas-tugas sekolah malah mereka dapat menyertai kegiatan luar darjah yang dirancangkan terlebih dahulu.Hasilnya, mereka boleh mencapai prestasi yang baik dalam bidang akademik dan cemerlang dalam kegiatan luar darjah.Penyertaan yang aktif dalam kegiatan luar darjah boleh mendatangkan kepuasan sekiranya kegiatan-kegiatan tersebut tidak mengganggu masa belajar dan menjejas pelajaran sekolah.
Sekiranya seseorang pelajar tidak dapat menguruskan masa dengan bijak kesan-kesan buruk juga akan timbul.Mereka akan menghadapi kesukaran untuk membahagikan masa mereka antara belajar dan aktiviti luar darjah.Sekiranya masa yang lama digunakan untuk menyertai kegiatan-kegiatan luar darjah dan tidak memberi perhatian terhadap pelajaran di sekolah, mereka tidak akan mempunyai masa untuk menyelesaikan segala tugasan dan kerja-kerja sekolah yang telah disiapkan oleh guru-guru pada masa tertentu.Timbullah tekanan dan pergeseran antara guru dan murid hingga menyebabkan prestasi pelajar dalam bidang pelajaran akan merosot berkesudahan dengan kegagalan dalam peperiksaan dan selanjutnya dalam bidang akademik.Kecemerlangan dalam bidang kegiatan luar darjah tidak seimbang dengan prestasi dalam bidang pelajaran berpunca dari penyalahgunaan pengurusan masa.
Para pelajar juga harus ingat bahawa mereka juga harus membahagikan masa mereka untuk bersama keluarga, sahabat dan juga melakukan rekreasi bersama sahabat atau keluarga.Komunikasi dan perhubungan antara pelajar dengan anggota keluarga terutama sekali dengan ibu bapa wajib diteruskan setiap masa tanpa halangan.Mereka boleh berkongsi kehidupan setiap hari dengan mengadakan perbualan tanpa merasa segan dan berahsia.Ibu bapa berasa gembira sekiranya anak-anak mereka masih berkomunikasi dan bermesra dengan mereka walaupun anak-anak mereka sudah menjangkau umur alam remaja dan pelajar-pelajar peringkat pos menengah dan universiti.Ibu-bapalah teman hidup sejati para pelajar pada setiap masa. Oleh itu adalah wajar jika pelajar menyediakan masa untuk bersama keluarga setiap hari dalam merancang pengurusan masa.
Sahabat juga penting kerana mereka ialah orang-orang yang boleh kita percayai selain daripada ibu bapa kita.Rakan-rakan sedarjah atau teman-teman rapat adalah orang-orang yang boleh membantu pelajar dan memberi sokongan moral ketika seseorang pelajar menghadapi kesukaran ketika pelajar tidak bersama ahli-ahli keluarga terutama sekali ketika berada di sekolah atau di luar rumah.Masa berhibur,bersukan dan bersantai bersama-sama rakan-rakan yang yang baik dan berakhlak mulia adalah satu daripada kegiatan hidup yang mesti dirancangkan dalam pengurusan masa.Oleh itu semasa mengadakan rekreasi bagi merehat badan dan menenangkan fikiran,adalah baik jika kawan-akawan atau anggota keluarga keluarga disertakan dalam pengurusan masa.
Akhir kata, pada keseluruhannya,pengurusan masa itu amat penting bagi setiap individu kerana ia membolehkan kami mengunakan masa dengan sebaik-baik dan sebijak-bijaknya.Pengurusan masa yang teratur dan terancang akan membawa faedah dan pengurusan masa yang tanpa panduan dan matlamat akan membawa kesan yang buruk akhirnya akan menyukarkan kehidupan harian seseorang pelajar.

Karangan ini ditulis oleh Jackson Edlin dari 08S34

2 comments:

9910 said...
This comment has been removed by the author.
Scott teoh said...

Ini telah banyak membantu saya untuk menulis karangan saya . Terima kasih kerana postkan contoh karangan ini .